29 January 2012

.. bUat umAt MuhAmmaD SAW ..

         Nabi Muhammad SAW amat sayangkan umatnya hingga pada nafas terakhir,baginda masih menyebut-nyebut 'ummati' berulangkali hingga nafas terakhir.SubhanALLAH.. Bagaimanakah kita sebagai umatnya? Adakah perasaan sayang padanya wujud dalam hati kita?

         Peristiwa ini terjadi ketika Nabi SAW menerima wahyu supaya naik ke 7 lapis langit untuk menghadap Allah SWT ketika Isra' dan Mikraj. Setelah berangkat Nabi Muhammad SAW menuju ke suatu tempat,yang belum pernah seorang Rasul atau Malaikat sampai.Setibanya di situ,Allah SWT memulakan dengan mengucapkan salam kepada baginda.Kemudian,DIA menghampiri hambaNYA serta sampaikan wahyu NYA.Lalu berkata NAbi Muhammad SAW " Ya Tuhanku! Berikan lah sesuatu untuk umatku! " Maka Allah SWT berfirman: "Hai Muhammmad! Aku telah berikan khusus untuk umatmu lapan perkara yang belum pernah Aku berikan kepada sesiapa pun dari umat yang lain sebelummu itu :

1. Aku belum pernah mencipta sesuatu makhluk di langit mahupun di bumi yang lebih mulia dari umatmu.

2. Sesungguhnya seratus dua puluh empat ribu daripada para Nabi sentiasa rindu ingin menemuimu berserta umatmu.

3.Sesungguhnya Aku tiada memberi umatmu banyak harta,sebagaimana yang Aku berikan kepada umat-umat sebelumnya supaya tiada terlalu panjang perkiraan mereka nanti di hari kiamat,semua itu Aku lakukan ialah kerana rahmat dan belas kasihan kepada mereka.

4.Sesungguhnya Aku tiada memberikan umatmu banyaknya harta dan anak pinak ,sebagaimana yang berlaku pada umat-umat sebelumnya,sehingga mereka kufur dan mengingkari nikmatKu.

5.Sesungguhnya Aku tiada memanjangkan umur mereka,sehingga terkumpul pada mereka dosa-dosa yang dilakukan,sebagaimana yang berlaku pada umat-umat sebelum kamu.

6. Sesungguhnya Aku tiada membalas umatmu atas setiap dosa yang dilakukannya,sebagaimana yang aku lakukan terhadap umat-umat sebelum kamu.

7. Sesungguhnya Aku melewatkan umatmu keluar hingga ke akhir zaman dan Aku jadikan mereka umat terakhir di antara semua umat,sehingga tiada terlalu lama mereka duduk di dalam tanah.

8.Sesungguhnya Aku tiada mendedahkan rahsia mereka,sebagaimana Aku dedahkan rahsia-rahsia umat-umat sebelum kamu sera berita-berita mereka kepadamu dan kepada umatmu,dan sesungguhnya tiada lagi Nabi dan Al-Quran sesudahmu.


"Kesemua keutamaan2 ini adalah kerana engkau,hai Muhammad dan kerana berkatmu "

0 comments:

Post a Comment