29 January 2012

.. bUat umAt MuhAmmaD SAW ..

         Nabi Muhammad SAW amat sayangkan umatnya hingga pada nafas terakhir,baginda masih menyebut-nyebut 'ummati' berulangkali hingga nafas terakhir.SubhanALLAH.. Bagaimanakah kita sebagai umatnya? Adakah perasaan sayang padanya wujud dalam hati kita?

         Peristiwa ini terjadi ketika Nabi SAW menerima wahyu supaya naik ke 7 lapis langit untuk menghadap Allah SWT ketika Isra' dan Mikraj. Setelah berangkat Nabi Muhammad SAW menuju ke suatu tempat,yang belum pernah seorang Rasul atau Malaikat sampai.Setibanya di situ,Allah SWT memulakan dengan mengucapkan salam kepada baginda.Kemudian,DIA menghampiri hambaNYA serta sampaikan wahyu NYA.Lalu berkata NAbi Muhammad SAW " Ya Tuhanku! Berikan lah sesuatu untuk umatku! " Maka Allah SWT berfirman: "Hai Muhammmad! Aku telah berikan khusus untuk umatmu lapan perkara yang belum pernah Aku berikan kepada sesiapa pun dari umat yang lain sebelummu itu :

1. Aku belum pernah mencipta sesuatu makhluk di langit mahupun di bumi yang lebih mulia dari umatmu.

2. Sesungguhnya seratus dua puluh empat ribu daripada para Nabi sentiasa rindu ingin menemuimu berserta umatmu.

3.Sesungguhnya Aku tiada memberi umatmu banyak harta,sebagaimana yang Aku berikan kepada umat-umat sebelumnya supaya tiada terlalu panjang perkiraan mereka nanti di hari kiamat,semua itu Aku lakukan ialah kerana rahmat dan belas kasihan kepada mereka.

4.Sesungguhnya Aku tiada memberikan umatmu banyaknya harta dan anak pinak ,sebagaimana yang berlaku pada umat-umat sebelumnya,sehingga mereka kufur dan mengingkari nikmatKu.

5.Sesungguhnya Aku tiada memanjangkan umur mereka,sehingga terkumpul pada mereka dosa-dosa yang dilakukan,sebagaimana yang berlaku pada umat-umat sebelum kamu.

6. Sesungguhnya Aku tiada membalas umatmu atas setiap dosa yang dilakukannya,sebagaimana yang aku lakukan terhadap umat-umat sebelum kamu.

7. Sesungguhnya Aku melewatkan umatmu keluar hingga ke akhir zaman dan Aku jadikan mereka umat terakhir di antara semua umat,sehingga tiada terlalu lama mereka duduk di dalam tanah.

8.Sesungguhnya Aku tiada mendedahkan rahsia mereka,sebagaimana Aku dedahkan rahsia-rahsia umat-umat sebelum kamu sera berita-berita mereka kepadamu dan kepada umatmu,dan sesungguhnya tiada lagi Nabi dan Al-Quran sesudahmu.


"Kesemua keutamaan2 ini adalah kerana engkau,hai Muhammad dan kerana berkatmu "

.. tarbiyAh Diri ..

salam ukkhuwAh. >_^

      Cuti pertengahan sem sudah habis,huhu.. cepat ny masa berlalu.. penyakit "malas" terkumpul spnjang cuti dan akhirny merebak sampai ke sel-sel badan.Ada jgak plan nk ambk MC besok semata-mata tak mau trun kuliah. astagfirulah.. jauh sekali akal menyimpang digoda syaitan.. istighfar2..huuhu.. btw,cuti ni ie byk habiskan masa di blik je makan ..tidur..makan..haha.(ptut penyakit malas menjadi-jadi). tu yang buat muka jd gini (-_-). takpela.. bkn selalu..hehe.

     Back to the topic.. ehm2. cuti ni,ie da baca satu buku atau novel yg smpai ie keluar air mata.Bukan sebab jiwang or romantik,but.. more to islamic.. lebih SWEET kalau kt dpt rasa cinta dari-NYA.. subhanALLAH..Novel ini Al-kisahnya tentang kehidupan seorang muslimah yang menanti cinta dari si adam dan ingin menjadi zaujah buat pemilik tulang rusuknya.Tapi, masih tunduk dengan cinta ARABBI. :').  Ok,byk plak sinopsis karang,p title tak bagitau pun.. hehe.. title novel tu "STANZA CINTA".. kalau tak silap novel ni dah diadaptasikan menjadi sebuah drama bersiri.TaPI,kalau baca lg touching.. :').

nila cover depan novel tu..:)


       Maybe ramai yg telah baca coz sy ni lmbat up-to-date ckit psal novel,asignment pn byk nk kena buat,jrg da masa membaca..huhu. syukurlah gak cuti ni dapat manfaatkan cuti dgn membaca..haha :). Saya galakkan anda baca,memang betul penulis tu dapat menterjemahkan melodi cinta yang mampu membuat pembaca "menitiskan air mata" pada-NYA.Alhamdulillah..tahniah ya!! :D

p/s: perjalanan dakwah itu tiada penghujungnya..
kita bukan pemula,
kita juga bukan penghujungnya,
kita hanyalah penyambungnya,
Maka,
Jangan hentikan perjalanan ini..
teruskankan berjalan..

26 January 2012

.. keLebihAn soLAt ..

Di dalam Al-Quran dan hadis ada menceritakan tanda-tanda kecil kiamat dan tanda-tanda besar kiamat.Malangnya,bagi sesetengah orang gambaran ini umpama angin lalu je.. buat don know je.. ALLAH,bila la diaorang ni nk sedar.Yang muslim pula hanya islam pada nama(sesetengah)..masyALLAH.. jauh menyimpang,ada yang dedah aurat,tak puasa,dating sana sini dan yang paling besar ada yang slumber je tinggal solat(tiang agama)... itulah tanda-tanda akhir zaman.Astagfirullah..malas nak beremosi lebih-lebih.. :D back to the topic,nak share skit psal kelebihan-kelebihan orang yang pentingkan solat kat akhirat nanti..so,jum..hehe..



Di akhirat nanti,ada tiga jenis cahaya ketika di padang mahsyar.Cahaya pertama ialah seperti bintang yang berkelip-kelip dan cahaya kedua pula seperti bulan purnama yang terang-benderang.Manakala,cahaya ketiga pula ialah seperti cahaya matahari yang bersinar dengan terangnya sehingga menyilaukan mata yang melihatnya.

Cahaya yang pertama itu yang bagai bintang berkelip-kelip itu adalah wajah orang yang ketika mendengar azan dia terus meninggalkan segala urusan dan kerja,lalu melangkah untuk melakukan perkara WAJIB iaitu solat(tiang agama).Cahaya yang terang seperti bulan purnama itu pula ialah wajah orang yang mengambil wuduk sebelum azan berkumandang.Seterusnya,cahaya seperti matahari yang bersinar yang sangat terang adalah wajah mereka yang telah pun berada di dalam masjid sebelum masuknya waktu azan.Cuba kita bayangkan dalam kategori manakah kita semua? .. di dunia yang metropolitan as now,sesetengah orang itu buat-buat tak dengar apabila suara azan menyeru untuk solat,last-last tunaikan solat akhir waktu..