27 October 2012

:: Halwa Telinga Makanan Hati ::






Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :
"Barangsiapa yang mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaanmu, barangsiapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya"

:: dengan mengingati-NYA hati akan tenang ..subhanALLAH::


p/s :: hilang jg stress dekt2 mau exam nih ^_^ alhmdulillah...
al da bez nadia ! insyALLAH boleh! hehe(tenangkn diri sndiri..huhu)
.. AL DA BEZ JG UTK RAKAN2 YG LAIN  t'utamanya PPISMP BM (SJKC) ,final exam for pra-degree !

:: Muhasabah Diri 2::

”sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain,

sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini.

Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah..” Dr.Yusuf Qardawi.

21 October 2012

:: Jaga Lidah, Terjagalah Akhlak ::


KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”


Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka. Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.

Baginda adalah contoh manusia yang sangat menjaga tutur katanya. Rasulullah akan berbicara atau berkhutbah di hadapan orang ramai secara berakhlak dan baginda juga adalah individu yang sangat jarang berbicara. Namun, sekali berbicara, isi bicaranya pasti ada kebenarannya. Nilai ucapannya sangat tinggi eolah-olah mutiara yang indah dan bermutu. Ucapan baginda menembus hati, menggugah kesedaran, membekas ke jiwa serta dapat mengubah perilaku orang dengan izin Allah. Atas sebab itu, Rasulullah digelar ‘Al-Amin’ kerana sejak kecilnya lagi tidak pernah berdusta. Justeru, jika kita ingin tahu kualiti seseorang itu, lihat saja apa yang sering dikeluarkan daripada mulutnya.

Manusia dapat dikategorikan kualitinya kepada empat berdasarkan kualiti tutur bicaranya. Pertama, orang yang berkualiti tinggi. Jika mereka berbicara, isinya sarat dengan hikmah, idea, gagasan, ilmu, zikir dan penyelesaian. Orang seperti ini bicaranya bermanfaat pada dirinya sendiri dan juga bagi orang lain yang mendengarnya. Malah, apabila diajak berbual pastinya ada manfaat ilmu. Bicara mereka bermotivasi dan berpandangan positif dalam setiap perkara yang diutarakan.

Kedua, orang yang biasa-biasa saja. Ciri orang seperti ini adalah mereka sibuk menceritakan peristiwa contohnya melihat kemalangan jalan raya atau rompakan, dia juga pasti akan menceritakannya seolah-olah diri mereka berada di tempat itu. Jika melalui semua bicara itu orang lain dapat mengambil hikmah maka tidak rugi, tapi jika sekadar memenatkan mulut sendiri tanpa manfaat tentu ia sia-sia.

Ketiga, orang rendah kualiti diri. Cirinya jika berbicara isinya hanya mengeluh, mencela dan menghina. Apa saja akan jadi bahan keluhannya. Contohnya, mereka sering mengeluh banyak masalah. Mereka juga tidak tahu menghargai sesuatu misalnya, Jika dihidangkan makanan akan keluar keluhannya seperti ‘kenapa lauk ini kurang sedap’, namun begitu habis juga dimakannya. Hari-harinya dipenuhi dengan bersungut seolah-olah segala yang berlaku penuh kekurangan. Alangkah ruginya hidup orang kategori seperti ini kerana seolah-olah tidak dapat membezakan nikmat dan musibah.

Keempat, orang yang cetek fikirannya iaitu mereka yang bicaranya hanya mengenai kehebatan dirinya atau kebaikan dirinya sedangkan hidup adalah pengabdian diri kepada Allah.
Mengapa mereka perlu bangga diri kerana semua itu kurniakan Allah. Golongan seperti itu sering dilihat menonjol dan mendominasi. Jika ada yang lebih baik darinya hatinya berasa tidak senang dan berharap orang itu segera jatuh.

Oleh itu berhati-hati apabila berbicara. Jagalah tutur percakapan kita dan kurangkanlah berkata-kata kerana ia akan mengurangi kesalahan kata kita. Jaga lidah sebaik mungkin kerana ia adalah amanah Allah s.w.t. INDIVIDU berkualiti dapat dinilai daripada kemampuannya menjaga lisan iaitu lidahnya. Mereka yang beriman pasti akan menjaga tutur bicaranya daripada mengeluarkan perkataan buruk.Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:

“Siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata baik atau diam” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)


RENUNGAN BERSAMA 

Suatu hari seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata, "Ya Rasulullah! Sungguh si fulanah itu terkenal banyak sembahyang, puasa, dan sedekahnya. Akan tetapi juga terkenal jahat lidahnya terhadap tetangga-tetangganya. ". Maka berkatalah Rasulullah SAW kepadanya, "Sungguh ia termasuk ahli neraka".

Kemudian lelaki itu berkata lagi, "Kalau si fulanah yang satu lagi terkenal sedikit sembahyang, puasa dan sedekahnya, akan tetapi ia tidak pernah menyakiti tetangganya." Maka Rasulullah SAW berkata, " Sungguh ia termasuk ahli syurga . "(HR.Muslim)



04 October 2012

Jadilah Pagar Yang Menjaga Padi !


kelihatan beberapa orang remaja lelaki lalu lintas di kaki lima di situ. Kebanyakan mereka berpasang-pasangan. Masing-masing sudah memiliki teman wanita atau teman istimewa. Sentiasa dibawa ke mana pun destinasi. Bebas melakukan apa sahaja lagak pasangan yang telah diijab Kabul. Begitu rendahkah nilai wanita di mata mereka??

DI MANAKAH PEMUDA?

Kaum lelaki diberikan tugas yg sangat penting dan besar oleh ALLAH SWT. Marilah kita sama-sama renungi kata-kata ALLAH dalam surah an-Nisa’ ayat 34 yg bermaksud:

“ kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita…”

            Kaum lelaki diberikan tugas sebagai pemimpin terhadap wanita. Dia adalah pemegang amanah untuk menjaga dan memelihara kaum wanita kerana di atas bahu mereka terpikul tanggungjawab agama seperti kewajipan memberi mahar, nafkah dan didikan agama. Si ayah menjaga anak gadisnya dan si abang memelihara saudara perempuannya. Barulah terpelihara kuntuman bunga di taman larangannya.

PEMUDA,
Pembela agama,
Dirimu dijadikan dengan kelebihan berbanding perempuan,
Bukan kekuatan tubuh dan tenaga pembeza kejadian dan pengukur keimanan,
Diciptakan bersama amanah yang perlu dijunjung,
Membela kuntuman mekar di taman larangan.

HAYATI KEJADIAN DIRIMU,
Dianugerahkan kekuatan berbanding wanita,
Untuk melindungi,
Diberikan akal yang tajam,
Untuk membimbing dan mendidik,
Diberikan agama untuk menyuluh jalan keimanan dan kebenaran.

ANDAI PEMUDA ALPA,
Tiada peribadi unggul pembela agama,
Tiada pendekar gagah pembela wanita,
Kerana dirimu lemah dan longlai,
Dalam dakapan nikmat dunia,
Lantaran lahirlah pemuda yang hilang rasa dan peka.

PERSIAPKANLAH DIRIMU
Peranan besar ini tidak akan dipikul,
Andai diri pemuda lemah digamit keindahan duniawi,
Jadilah seperti pemuda kahfi yg kental mempertahankan iman,
Contohnilah pemuda uhkdud yg tidak gentar walau diancam nyawa,
Kalian masih punya masa dan ketika
Kerana ALLAH sentiasa rindukan hamba-Nya utk kembali kepada-Nya.


RENUNGAN HADIS ::

“ wahai Rasulullah saw, izinkan aku untuk melakukan zina,’’ maka sejumlah orang terusmenghampiri pemuda itu dan memarahinya, mereka berkata:
“Diam kamu!”

Maka berkata Rasulullah saw, “ Dekatkanlah pemuda itu (kepadaku)”

         Lalu Rasulullah saw berkata kepadanya, “ Duduklah,” maka pemuda itu pun duduk.
“apakah kamu suka seseorang berzina dengan ibumu?”, tanya Rasulullah saw.

Pemuda itu menjawab ; “Demi ALLAH, tidak. Semoga ALLAH menjadikan aku sebagai tebusanmu”

         Rasulullah saw bersabda, “begitu pula orang lain, tidak ada yang suka ibunya berzina dengan orang lain. Apakah kamu suka seseorang berzina dengan saudara perempuan mu?”

         Pemuda itu menjawab ; “demi ALLAH, tidak. Semoga ALLAH menjadikan aku tebusanmu,”

Rasulullah saw bersabda, “begitu pula orang lain, tidak ada orang suka anak perempuannya berzina.”

KUPASAN HADIS ::

          Keizinan pemuda utk melakukan zina kepada Nabi dapat ditangani dengan penuh hikmah. Rasulullah saw meransang minda pemuda tersebut agar dia dapat berfikir sendiri dan menyelami perasaan jika ibu atau saudara perempuannya sendiri yang dinodai.Apakah ketika ibu atau anaknya sendiri berzina dia dapat menahan diri dan hanya berpeluk tubuh?

          Jangan kita menabur fitnah andai kita benci untuk memakan daging saudara kita sendiri.kita pasti tidak redha andai apa yang kita benci terkena kepada diri kita sendiri. Begitu juga kita cepat melenting andai ada saudara kita yang dilukai. Jika begitu bagaimana hati kita tega melakukan perkara yang sama kepada wanita lain.
          Hadis ini membawa kita agar berfikir sendiri dan merenung dengan ketajaman akal pinjaman ALLAH. Jadilah pagar yang menjaga padi!

p/s :: bro, tx ats nasihat.. smoga kehidupanmu dpermudahkan-NYA.. insyALLAH.. 

sumber :: Gen-Q isu no. 06 (Noorjehan Baharudin) 



Begin With A New Life :: Love of Allah SWT Save The Empty ::

A pictures tells a thousand words...
let the pictures tell the story.. 




::now, i though u never understand my feeling ::








mr. danbo had gone .. :( 

:: Ya Allah
jika dia benar untukku
dekatkanlah hatinya dengan hatiku
jika dia bukan milikku
damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu ::

p/s: aku sangat sedih sekarang. mungkin sebab aku terlalu banyak berfikir. perasaan aku jadi tak menentu. dan aku tak mampu nak luahkan apa yang aku rasa. jadi, jangan tanya aku kenapa. jangan tanya apa-apa. 

.. Hamba -Mu ..


Rasulullah S.A.W bersabda :
"Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : "Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan selawat atasmu". Aku mengucap : "Amin". "Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk ke Syurga". Aku berkata : "Amin". Jibril berkata lagi : "Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya". Lalu aku mengucapkan : "Amin". [HR. Ahmad]

Hati siapa yang tidak tersentuh apabila mendengar hadis di atas? Betapa ruginya nanti kita di Akhirat sana. Dosa tidak diampunkan, masuk ke Neraka dan jauh daripada rahmat dan pengampunan Allah s.w.t. 


Menyesallah dahulu, kerana menyesal kemudian tidak berguna. Jika kita hendak menangis, maka menangislah pada hari ini... kerana menangis di Akhirat sudah terlambat dan tidak berguna.

Takutilah akibat dosa yang kita lakukan. Jangan ambil mudah dengan kemurkaan Allah. Jika marah isteri, suami, boss dan kawan-kawan pun sudah boleh menyebabkan hidup kita resah dan susah, apalagi murka Allah, Tuhan yang mencipta kita..

::ya ALLAH, diri ini penuh dengan dosa, penuh dengan dengan maksiat.. ampunkan kami ya ALLAH, ampunkan dosa ibubapa kami, ampunkan dosa saudara-saudara-saudara kami... layakkah kami memasuki syurgamu..  terimalah taubat kami.:(.. ::





Coretan Buat Jiwa :: Sahabat ::




Tiada satu makhluk pun di dunia ini yang mampu menumbuhkan rasa cinta dan sayang dihati kita, melainkan ALLAH. Hanya Allah sahaja yang mampu menumbuhkan rasa itu didalam hati kita. Kerana ALLAH sang penciptanya, ALLAH yang telah menciptakannya dan meletakkannya didalam hati setiap makhluknya.
Disaat kita menyayangi seseorang, kita selalu mengharapkan orang yang kita sayangi selalu berada dalam kebaikan. Maka, buktikanlah rasa sayang kita itu dengan menyampaikan harapan kita kepada ALLAH dengan mendoakan sahabat kita.
Lafaskan doa anda untuk sahabat kita. Mohonkanlah agar ALLAH selalu melindungi sahabat kita, serta memberikan pelbagai kebaikan terhadap sahabat kita.
Setelah solat, doakanlah sahabat kita. Walau pun mereka tidak tahu bahawa kita selalu mendoakannya. Lafaskanlah doa kita dengan penuh harapan kepada ALLAH. Mohonlah keampunan untuk dosa~dosa sahabat kita kepada ALLAH. Sebut namanya dalam doa anda. Doakanlah dia selalu.
Ini sangat indah…
Sungguh indah.. Seorang sahabat mendoakan kebaikan untuk sahabatnya yang lain. Sahabat yang didoakan tidak mengetahui tentang hal itu. Tiada seorang pun yang mengetahui. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu tentang itu.
Hanya ALLAH yang mengetahui harapan~harapannya kepada ALLAH untuk sahabatnya. Ini sungguh luar biasa. Inilah sebuah ketulusan yang nyata. Tiada berharap kecuali kepada ALLAH.
Disaat seorang sahabat tiada disisi, sahabat yang lain memohonkan perlindungan kepada ALLAH bagi sahabatnya. Sungguh luar biasa… kita memohonkan kepada ALLAH satu kebaikan untuk sahabat  tanpa diketahui oleh sahabat tersebut.
Bagaimana perasaan anda jika anda mengetahui ada seorang sahabat yang selalu mendoakan anda? Padahal anda tidak pernah memintanya. Beginilah indahnya persahabatan dalam Islam.

MAAFKANLAH….
Seperti yang telah kita ketahui, setiap manusia pasti pernah melakukan kesalahan. Begitu juga dengan sahabat yang kita sayangi.
Tidak tertutup kemungkinan sahabat yang kita sayangi melakukan kesalahan yang menyakiti kita. Baik itu kesalahan yang kecil mahupun kesalahan yang besar. Namun yang paling penting, adalah bagaimana menghadapi kesalahan~kesalahan yang dilakukannya.

Apakah kesalahan ini akan membuat kita membencinya dan tidak lagi menyayanginya ?
Kadangkala perilaku yang tidak kita senangi dilakukannya terhadap kita. Mungkin dia telah mengingkari janjinya untuk bertemu dengan kita pagi ini, atau mungkin dia lupa bahawa hari ini adalah hari jadi kita, atau mungkin dia telah mengucapkan suatu perkataan yang menyakiti hati kita.

Perlu kita ketahui “ Tiada seorang pun didunia ini yang ingin melakukan kesalahan ”.
Katakan dalam hati kita “mungkin dia lupa, mungkin dia sedang banyak masalah, mungkin dia sedang tidak sihat, mungkin dia sedang sibuk..”, atau kemungkinan yang lain.
Dia mendapatkan hukuman hanya kerana dia melakukan sesuatu yang tidak kita sukai. Sedangkan sahabat itu melakukannya bukan atas kehendaknya.
Maafkanlah… maafkanlah dia..
Lafaskanlah dengan lidah  bahawa kita  memaafkan setiap kesalahan~kesalahannya.
Semoga ini dapat melembutkan hati kita dan dapat menyayangi dengan lebih ikhlas.


“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” 

Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :



  •        Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  •      Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  •      Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  •     Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  •     Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut   kebaikan kamu.
  •      Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  •     Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  •   Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu. 
  •     Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  •     Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu. 
  •       Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  •     Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”.


Sahabatku,
Katakanlah jika aku berbuat kesalahan
Jangan diam
Jangan memendam
Aku  ingin kita  tetap bersahabat selamanya

:: Khas buat teman :: Atiqah, mimi, lidia, aina, sikin, ika, amel, k.nona, zakiah, yati, zirah, atul, ning,zila, mai(usu), mira-e( angah), epot, tkot,bro, n smskians lain.. moga ukkhuwah yg kt bina sampai jannah.. insyALLAH.. may ALLAH bless us.. amin.


P/S  : Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi…Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan.


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/indahnya-didoakan-sahabat/#ixzz28KmSEv8Y