09 November 2013

15 PINTU SYAITAN YANG ADA DALAM DIRI KITA

. Pintu marah.


Marah adalah satu emosi yang terdapat di dalam diri semua manusia termasuk Nabi-Nabi dahulu. Sifat marah ini kadang-kadang dapat mengubah diri kita menjadi seseorang yang kita sendiri pun tidak suka.

Adakah anda tahu bahawa Nabi SAW tidak pernah menengking atau memaki umat-umatnya? Ini adalah kerana dia menghilangkan marahnya dengan sifatnya yang sabar dan tawakal.

Di bawah adalah cara untuk menghilangkan sifat marah jika terjadi pada diri kita.

1 - Ubah Posisi Kedudukan Anda

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang antara kamu marah,dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)

2 - Berwuduk

Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abi Daud)

3 - Minum air.

4 - Mendiamkan diri ketika marah.

5 - Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6 - Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan, masa dan tempat sesuai.

7 - Sentiasa Berfikiran positif.

8 - Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9 - Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10 - Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan


. Cinta dunia.
. Enggan menghadiri majlis ilmu.
. Panjang angan-angan
. Rakus.
. Bakhil.
. Suka pujian.
. Riak.
. Ujub (mengagumi diri sendiri).
. Takut dan gelisah.
. Buruk sangka.
. Memandang rendah orang lain.
. Suka pada dosa.
. Merasa aman dari pembalasan ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA..
. Putus asa dari rahmat ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA..

Ya Allah...
Jauhkanlah kami dari sifat-sifat diatas...

Aamiin ya Rabb...





02 February 2013

:: Iqra : BACA lah ::


Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). (QS Al-Alaq, 96:1)


Kita seringkali disarankan untuk membaca dan dikaitkan dengan wahyu yang pertama di terima oleh Rasulullah SAW. Namun kali ini saya ingin membawa saudara semua melihat sebuah pengajaran yang amat dalam yang selama ini kita abaikan.

Ketika wahyu pertama diturunkan, Rasulullah SAW diminta membaca oleh Malaikat jibril. Jawapan Nabi ketika itu adalah “aku tidak tahu”. Lalu diulang lagi oleh Malaikat Jibril namun jawapan Rasulullah SAW tetap sama.

Namun setelah Allah SWT mewahyukan ayat yang lengkap iaitu “bacalah dengan nama Tuhanmu” sehingga ayat-ayat seterusnya, barulah wahyu seterusnya mudah untuk Rasulullah membaca wahyu Allah SWT.

Baca di sini bukanlah bermakna membaca tulisan semata-mata. Tetapi membaca di sini amat luas maknanya. Membaca itu termasuklah membaca alam, membaca gerakan, membaca yang tersurat dan tersirat, membaca isi hati, membaca wahyu, membaca segala2nya.

Yang ingin saya fokuskan di sini adalah kita sentiasa diminta membaca di atas dasar wahyu pertama adalah bacalah. Kita berhenti hanya di sini.

Sedangkan jelas Rasulullah sendiri tidak mampu membaca apabila di minta oleh Allah SWT untuk membaca. Tetapi setelah Allah SWT mewahyukan “bacalah dengan nama Tuhanmu” barulah Rasulullah mampu membaca wahyu-wahyu seterusnya.


Mari kita lihat diri kita hari ini. Kita tidak belajar, menafsir, mengaplikasi, sintesis, memahami, mengetahui dan lain-lain dengan nama Tuhanmu. Kita meminta anak-anak kita sekadar membaca tetapi jarang kita meminta bacalah dengan nama Tuhanmu.

Pelajar-pelajar juga jarang disarankan agar membaca dengan nama Tuhanmu. Tetapi sering disarankan belajarlah bersungguh-sungguh. Sedangkan Rasulullah di minta oleh Allah SWT seawalnya bacalah dengan nama Tuhanmu.

Ketika kita membaca dengan nama Tuhanmu, kita tidak menggunakan fikiran untuk memahami tetapi menggunakan ilham yang diturunkan oleh Allah SWT terus ke jiwa kita dan barulah disimpan ke dalam otak kita dan dijanakan fikiran untuk diaplikasikan.

Inilah yang dikenali sebagai Konsep Ilahiyah. Saudara, mulai hari ini, bacalah dengan nama Tuhammu. Bukan sekadar baca.

Ya Allah, ajarilah aku untuk membaca, untuk menuntut ilmu, untuk faham ya Allah.”