17 May 2012

.. JikA CinTA.. apA BukTinyA?? ..

Buat pengetahuan semua.. entri ni adalah sambungan entri sebelum ni.. iaitu tentang CINTA.. CINTA yg agung hanya satu.. CINTA ILAHI.. subhanALLAH.. 



Cinta Allah umpama satu anugerah yang tertinggi dan tidak mungkin sesiapa dapat memilikinya kecuali didahulukan dengan pengorbanan yang mahal. Cinta Allah adalah syarat yang utama untuk meletakkan diri di dalam barisan pejuang-pejuang kalimah Allah SWT.
Jika CINTA,apa buktinya?

 Buktikan cinta kita kepada-NYA tanda DIA cinta paling utama di hati.

1. SEGERA MENYAHUT CALL DARIPADA-NYA
  • Letakkan Kekasih agung sebagai priority. Apabila ALLAH SWT ingin "berjumpa" dgn kt,tunjukkan kita       juga excited ingin jumpaNYA.
2. MEMBERI PERHATIAN PADA SMS DAN EMEL DARIPADA ALLAH.
  • Kecintaan Rasulullah SAW dan para sahabat jelas buktinyaapabila mereka sangat cinta Al-Quran.Al-Quran itulah SMS dan EMEL drpd ALLAH SWT supaya kita semaknya dan baca semula. Jika kt benar mencintai ALLAH,cintailah jga KALAMNYA. Biar Al-Quran menjadi perbualan harian dan mimpi malam kita. Jadikan kerinduan menatap Al-Quran lebih mendalam drpd kerinduan menatap SMS,EMEL dan Facebook.
3. MEMANDANG MMS-NYA SELALU
  • Lihatlah alam yang menghijau,gumpalan awan yang memukau,gelora laut yang membiru dan kehidupan yang penuh onak. Semuanya membuktikan bahawa ALLAH SWT Maha Agung,Maha Pencipta,MAha Bijaksana. Tika rasa ingin memandang-NYA makin kerap menjengah hati,suatu bukti kita semakin CINTA kpd ilahi.

4. MALU-MALU SAAT DATING DGN-NYA
  • Saat solat itu ialah saat kita berdating di mana saat kita bersendirian dgn ALLAH SWT. Jika benar kita cinta akan ALLAH,buktikan dengan menjaga pandangan ketika solat. Hakikatnya,ALLAH bukan sahaja memandang kita ketika solat bahkan setiap saat.

5. SENTIASA RINDU DAN INGAT PADA-NYA
  • Jika benar kita mencintai ALLAH,Dialah yang sepatutnya kita rindui. Bersabarlah dan berharaplah saat indah dapat menatap wajah-NYA. Rindu pada ALLAH terbias pd rindu akan Al-Quran,tahajud,orang soleh dan akan kebenaran.

6. BANYAKKAN MENYEBUT NAMA-NYA
  • Jadikan ALLAH SWT dalam perbualan harian,ingin berbicara apa-apa sahaja topik,pastikan ALLAH tidak lekang di bibir dan dikaitkan bersama. Biasanya dalam kesusahan atau ditimpa musibah,manusia mudah kembali ingat pada ALLAH. Beruntunglah pada orang yg sering mengingat ALLAH pd waktu senang,nescaya ALLAH akan mengingatnya pd waktu susah.
7. BERSABAR DENGAN UJIAN ALLAH
  • Lumrah cinta pasti akan ada ujian. Ketahuilah seberat manapun ujian kita,kita tidak pernah diuji supaya menyembelih anak sendiri atau meninggalkan insan tercinta di padang sahara seperti ujian para nabi. Begitu besar cinta Nabi terhadapNYA. Usah mengharapkan hidup tanpa ujian. Berdoalah agar diberi kekuatan menghadapi apa jua ujian daripada-NYA. ALLAH sengaja menguji kita utk mengenal dan membuktikan siapa yg lebih mencintai Dia.
8. MENCINTAI SEGALA SESUATU YG BERKAIT DGN ALLAH
  • Lumrah cinta.. Apa-apa sahaja yg ada kaitan dgn orang yg kita cintai memberi rasa debaran di dada. Apabila kita mencintai sesuatu yg ada kaitan dgn-NYA,itu bukti kita ingin lebih akrab dgn-NYA. Kerinduan muslim kpd Kaabah krn ia merupakan rumah ALLAH. Jika masih belum berupaya atau belum mampu merindui kaabah,manfaatkan rumah-rumah ALLAH yg berada berhampiran dgn kita.Bukan sekadar itu sahaja, segala sesuatu di muka bumi ini byk kaitan nya dgn MAHA PENCIPTA. Dekatilah dan cintailah ia kerana ALLAH.
9. LUPAKAN PERASAAN LUARBIASA SAAT BERHUBUNGAN DGN ALLAH
  • Maksudnya di sini ialah khusyuk. Untuk mendapat khusyuk itu amatlah sukar. Namun,kita masih mampu berusaha mendapatkannya. Semoga amalan kita ini lebih baik daripada sebelumnya. Sentiasa lakukan yang lebih baik untuk mencapai yang terbaik.
10. CEMBURU
  • Tanda cinta kita kpd ALLAH ialah kita cemburu apabila ada orang yg lebih mencintai Kekasih kita            sehingga Kekasih kita juga lebih mencintainya. Dalam solat misalnya,cemburulah sgn org yg solat di awal waktu,yg solat berjemaah dan lebih khusyuk kerana ALLAH lebih memberi perhatian kepada mereka berbanding diri kita.
11. BERUSAHA KERAS MERAIH REDHA ALLAH
  • Apabla kt sggup melakukan apa-apa sahaja demi menggapai redha ALLAH maka itu bermaksud kita mencintai-NYA. Menurut Ibn Qayyim ada tiga keadaan pencinta,iaitu :
a) Berat hati utk mencintai,namun dia memaksa diri.
b) Cinta makin menggugat dan dia patuh.
c) Cinta menetap di hati dan dia sanggup mengorbankan apa sahaja.

DI MANA KITA DI TAHAP-TAHAP INI? 


Di mana-mana pun kita,mari buktikan kpd ALLAH bahaawa kita sangat mencintai-NYA. insyALLAH..
# biar kita hilang 'sesuatu' kerana ALLAH.. jangan kita hilang ALLAH kerana sesuatu .. :(



0 comments:

Post a Comment